Tragedi menjelang Ramadhan buat dua beradik yang nekad mengejar si peragut..
Malangnya mereka cedera parah selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah motosikal lain sebelum dikatakan dirempuh pula sebuah kereta.
Akibatnya si kakak hampir putus tangan, adiknya pula tidak sedarkan diri.
Semuanya berlaku ketika Malika Malik, 25 tahun, dalam perjalanan dari rumah mereka di Flat Kolam Kuala Terengganu ke Kompleks Sri Iman untuk mengambil wang dana Bakri Remaja RM200 yang diperolehinya.
Dia ditemani Maizatul Akmal, 22 tahun.
Belum sempat ambil wang dana itu Malika, seorang jurujual, diragut seorang lelaki bermotosikal.
Dua beradik itu cuba mengejar.
Tetapi motosikal mereka bertembung dengan sebuah motosikal lain.
Dan akibat pelanggaran itu Malika hampir putus tangan kanan, selain luka di badan.
Adiknya pula tidak sedarkan diri.
Penunggang satu lagi motosikal, juga parah.
Semua mangsa digegaskan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.
kita saudara sesama islam,kita berdoalah kepada ALLAH.Walaupun xkenal dan xboleh jenguk mereka,
cuma DOA sahaja yang dapat kita kirim.
*tekan gambar nie untuk pembesaran
moga2 tiga2 hamba ALLAH itu cepat sembuh,DOAkan lah supaya mereka selamat.
amin...
p/s : bawak motor hati2 dan kalau boleh jangan letak bag anda dalam bakul motosikal.cegah sebelum kena
3 comments:
keciannya .. harap mereka akan cepat sembuh ..amin
jahatnye peragut tu....
amin,, sekarang pape pon blh jdi,.,
so hati2 laaa
Post a Comment